Bukan rajin pun

with 8 comments

Entah.  Ketetapan sebelum ini yang supaya aku boleh untuk menumpukan sepenuh perhatian aku terhadap kerjaya, telah aku langgar. Dengan serela hati. Mungkin akibat kesunyian dan kedahagaan yang tidak dapat dipertemu di dasar tin Stella.

Ianya bukannya sesuatu yang dirancang mahupun kerjakan dengan sepenuhnya. Mekanisma ku yang biasa, agar tidak terluka, agar tidak terjerumus dengan mendalam. Nonchalant, bak kat omputih.

Analogi perjudian mampu untuk memperlekeh dan mencemari (tetapi apa yang suci?) sandiwara kita ini, tetapi pertaruhan telah diletakkan, dan ku tidak sedar berapa yang telah doperjudikan kini. Kataku sendiri dengannya, bahwa hanya pertaruhan yang besar yang akan mendatangkan hasil yang besar, pertaruhan kecil dengan kemenangan jika sekalipun, tidak membawa apa-apa makna yang sebenar.

Don’t hold back. Katanya beberapa jenak selepas itu. Persambungan tuturan yang tidak ku sedar sedang berjalan tetapi ku kenali sewaktu nya tiba.

Mungkin kerana katanya itu.

Maka ku letakkan pertaruhan yang ku fikir agak besar, besar daripada pertaruhan sepanjang hidupku. Dalam permainan ini yang langsung ku tidak yakin.

Apa kad di tangan mu itu, wahai cong?

Advertisements

Written by yuenkokleong

May 5, 2009 at 3:20 pm

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Ternyata kau sudah terjerumus jauh ke kancah itu..pasrah kah kau dengan keadaan ini? sesungguhnya, ada kalanya dalam suatu pertaruhan, kecil atau besar, kita meragui diri akan keputusan tersebut. Sama ada kita terluka atau tidak akibat keputusan tersebut, itu soal lain. Yang penting, kita mengenali diri.. Bagiku, perjalanan hidup ini adalah untuk mencari apa itu arti menjadi diriku.. mungkin ada jawaban? Mungkin tidak.. kita minum dulu..hehehe..

    Gustri

    May 5, 2009 at 4:43 pm

  2. Saya terfikir, ada kalanya, ia bukan satu keputusan.. ia terjadi dengan sendirinya, bagi matahari terbit di timur dan jatuh di ufuk barat… ada suatu kuasa yang menjadikan nya begitu.. bagai satu lumrah alam yang paling semulajadi..apakah ada salah atau betul nya menjadi sebagian dari alam?..

    Gustri

    May 6, 2009 at 11:57 am

  3. Ku punya pendapat sinikal dalam ini. Selaras dengan pandangan ku yang bahawa sesungguhnya kita eksis untuk merana. Bak kata Gautama Buddha, samsara. Kita semua penagih kasih. Dari kecil, tagih kasih ibubapa kita, teman-teman kita, kekasih kita, suami isteri kita, anak-anak kita..

    Ya seperti ku katakan di atas, ku tidak kerjakannya, ataupun memutuskannya (ironis, kerana mengatakan seolah-seolah perihal ini sesuatu yang rasional dan logikal walhal ianya emosional). Ya, ianya terjadi dengan sendirinya- dan dari sejak azalinya lagipun. kuasa yang menjadikannya? Chemistry sesama manusia. Bisa dilihat sebagai jadian alam, tetapi ku percaya lebih kepada motivasi individualistik daripada pandangan holistik yang mu maksudkan.

    Katanya padaku: ” Kamu menjadikan aku dari seorang sinikal terhadap cinta kepada seorang yang percaya penuh pada cinta”. Sebelum melafazkan 3 kata, frasa yang punya: aku, mu dan cinta- aturkannya dong!

    asparagus

    May 6, 2009 at 12:22 pm

  4. Padaku, tarikan atau chemistry adalah kejadian alam. jadi kamu mengatakan untuk merealisasikan tarikan itu adalah ‘motivasi individualistk’? Begitu? Aku setuju dan tidak setuju pada waktu yang sama..Tarikan itu bagai kupu2x kepada api pada waktu malam.. jadi kupu2x punya pilihan sama ada terbang ke dalam api atau tidak? kupu2x tahu nggak api itu bisa membakar dirinya? kalau tahu juga, kenapa terbang ke api?..kalau nggak tahu, apa tarikan api itu?..hhmm…

    Aku masih sinis dengan perkataan itu, apalagi lafazan begitu.. tapi kiranya dilafazkan dengan hati ikhlas,kayaknya nggak ada salahnya dey.. cuma aku emang sinis lohh..bukan dengan lafaz (yang kamu dengari darinya) tapi dengan dunia ini dan maksud perkataan itu..

    Gustri

    May 6, 2009 at 1:34 pm

  5. Aku musykil apa ‘motivasi individualistik’ mu…hhmm..

    Gustri

    May 6, 2009 at 1:46 pm

  6. Aku rasa kita percaya apa yang kita percaya- ia adalah pilihan. Whatever works. Agama, ideologi politik, falsafah hidup. Kita bisa buat pilihan dan melalui pilihan (untuk percaya atau sebaliknya) itulah kita yang akan bekerja untuk menjayakannya- apa yang dipanggil: self-fulfilling prophecy.

    Choose to believe or not to believe. Then you make it work for yourself. Me thinks. The problem with people like us sometimes is we overanalyze and forget to have fun. To believe in miracle. To believe in magic. Myths. Dreams. Biarlah orang cakap itu menipu diri sendiri- biarlah itu menjadi harganya jika bisa ku kecapi kebahagiaan dalam hidup ku yang pendek ini.. Ku sudah capek dalam pencarian ‘kebenaran’ serta menganalisa segala di bawah mentari. Mahu ku mengambil liburan tidak berfikir sejenak..

    Motivasi individualistik untuk bercintan-cintun. Ga ada yang buruk. Ku ikhlas.

    asparagus

    May 6, 2009 at 3:40 pm

  7. aku dah bosan lah…hidup ku yang terkenyong kenyong melantun keatas, timbul sejenak diawangan abstrak. Sebab itu lah aku dah bosan. aku dah bosan…lalalala

    langkau

    May 6, 2009 at 4:42 pm

  8. waduh.. yang magis itu, kakek aku (grampa kata orang bulek) ada juga ilmu magis sebegitu..terpulang mahu percaya atau nggak pada magis..aku sudah sinis pada semua itu..yang aku tahu, hidup ini nyata.. yang sakit itu nyata..realiti itu nyata..kayaknya kerna itu ada insan yang mengejar magis ‘ama mimpi dengan ‘substance’..atau cuba melupakan dunia nyata ini dengan ‘substance’?… nggak tau dey.. yang nyata, aku tidak mahu hanyut dalam arus hidup di bumi yang nyata ini.. semoga kau jumpa apa yang dicari.. dan semoga kau bahagia walau seberapa lama atau sekejap mimpi yang magis itu.. aku juga capek mencari kebenaran. tapi, apa guna hidupku jika bukan untuk mencari kebenaran kerna aku nggak mahu hanyut dibawa arus..

    langkau: kayaknya kamu perlu belajar berenang atau terbang supaya nggak dibawa arus :-)

    Gustri

    May 6, 2009 at 5:02 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: